Latar belakang dan komposisi Boneka_(lagu_Ernie_Zakri)

"Boneka" ialah hasil karya Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh dan berdurasi selama 3 minit dan 50 saat.[3] Lagu ini berkisarkan tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasih, namun dia kuat dan tabah mengharungi dugaan perpisahan itu kerana dia bukanlah 'boneka' yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.[3] Ernie Zakri berkata dalam satu temuramah bersama Sinar Harian:

"Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggalkan oleh kekasih mereka, tidak kira untuk wanita mahupun lelaki,".[3]

Proses rakaman lagu ini dijalankan di Enormus Studio milik Omar K,[4] dan mengambil masa satu hingga dua jam untuk disiapkan.[5] Menurut Ernie, beliau tidak mempunyai masalah bekerja dengan Omar K kerana sudah beberapa kali beliau dan Omar bekerjasama, ia juga menjadi kerjasama sulung beliau bersama dua komposer baharu, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.[5] Beliau turut mendedahkan rakaman "Boneka" sempat dijalankan sebelum penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.[3]

Rujukan

WikiPedia: Boneka_(lagu_Ernie_Zakri) https://www.allmusic.com/album/boneka-mw0003414302 https://music.apple.com/bn/album/boneka-single/152... https://www.budiey.com/ernie-zakri-lantang-bersuar... https://www.budiey.com/fesyen-unik-ernie-zakri-dal... https://gempak.com/artikel/39484/ernie-rakam-singl... https://kitareporters.com/gaya/xkazpnWYdJ https://www.kopiplanet.com/ernie-zakri-tampil-bert... https://open.spotify.com/album/2QFlx1U7zGlvmgP3WKl... https://www.youtube.com/watch?v=4Wm8hbR24ig https://www.youtube.com/watch?v=Mykqjw5_xe8